Articles




Islam


2


Islam


Agama fitrah, akal yang sempurna dan kebahagiaan


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani


Adakah kamu pernah bertanya kepada diri sendiri


Siapakah yang menciptakan langit, bumi dan makhluk-makhluk besar


yang berada di antara keduanya? Siapakah yang menciptakan sistem yang


sangat teratur dan teliti ini?


Bagaimanakah alam semesta yang agung ini berjalan dengan sangat


tersusun dan konsisten dengan sistem-sistemnya yang sangat teliti zaman


berzaman?


Adakah alam semesta ini tercipta sendiri? Atau ia bermula daripada


tiada? Atau ia wujud secara tiba-tiba?


Siapakah yang mencipta kamu?


Siapakah yang menetapkan sistem yang penuh teliti ini pada


komponen tubuh badan kamu dan segala makhluk yang hidup ini?


Tiada seorang pun dapat menerima jika dikatakan kepadanya bahawa


ada rumah yang tersergam tanpa ada yang pembinanya! Atau dikatakan


kepadanya bahawa ketiadaanlah yang menyebabkan rumah ini wujud!


Lalu bagaimana sebahagian orang membenarkan mereka yang


berpendapat bahawa alam semesta yang agung ini wujud tanpa ada yang


menciptanya? Bagaimana seorang yang berakal boleh menerima apabila


dikatakan kepadanya alam semesta yang lengkap bersistem ini muncul


secara tiba-tiba?


Pastinya ada tuhan agung yang mencipta dan mentadbir alam semesta


ini dan segala isinya iaitu Allah Subhanahu Wa Taʿala.


Dan Tuhan Yang Maha Suci mengutuskan kepada kita para Rasul dan


menurunkan kepada mereka kitab-kitab ilahi iaitu wahyu yang diakhiri


dengan al-Quran al-Karim. Ia diturunkan kepada Muhammad, utusan yang


terakhir. Melalui kitab-kitab dan para Rasul-Nya:


Kita dapat mengenal diri, sifat-sifat dan hak-Nya terhadap kita dan hak


kita terhadap-Nya.


3


Dia memberi petunjuk kepada kita bahawa Dialah yang menciptakan


sekalian makhluk, Dialah Yang Maha Hidup dan tidak mati. Semua


makhluk dalam genggaman-Nya dan di bawah kekuasaan dan


pengawasan-Nya.


Dia mengkhabarkan kepada kita bahawa antara sifat-Nya adalah Maha


Mengetahui. Pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu. Sesungguhnya Dia


Maha Mendengar lagi Maha Melihat, tidak tersembunyi daripada-Nya


sesuatu pun sama ada di bumi mahupun di langit.


Tuhan, Dialah Yang Maha Hidup, Yang Maha Kekal Selama-lamanya


yang mana kehidupan itu berpunca daripada-Nya. Dialah yang Maha Kekal


selama-lamanya yang mana hidup semua makhluk bergantung


kepada-Nya. Allah berfirman:ُ





Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap


hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).


Yang tidak mengantuk apatah lagi tidur. Yang memiliki segala yang ada di


langit dan segala yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi


syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang


mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di


belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun


daripada ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu


kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi


langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga


serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat


kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya) [Surah al-Baqarah, ayat


255]


4


Dia mengkhabarkan kepada kita bahawa Dialah Rabb yang bersifat


dengan sifat kesempurnaan, Dia mengurniakan kepada kita akal dan


pancaindera untuk menggapai keajaiban penciptaan-Nya dan kudrat-Nya


yang menunjukkan keagungan, kekuatan dan kesempurnaan sifat-Nya. Dia


juga yang menyemai fitrah yang menunjukkan kepada kesempurnaan-Nya


dan tidak mungkin sama sekali bagi-Nya untuk mempunyai kekurangan.


Dia mengajarkan kita bahawa Rabb di atas langit-Nya, tidak di dalam


alam dan tidak pula alam bersatu dengan-Nya.


Dia juga mengkhabarkan kepada kita bahawa wajib ke atas kita


menyerahkan diri kepada-Nya dan Dialah yang menciptakan kita, alam


semesta dan yang mentadbirnya.


Sang Pencipta mempunyai sifat keagungan dan tidak mungkin


selama-lamanya untuk bersifat dengan kekurangan dan memerlukan


(kepada sesuatu). Rabb tidak pernah lupa, tidur atau makan. Tidak


mungkin bagi-Nya memiliki isteri atau anak. Setiap nas yang menyalahi


keagungan pencipta bukanlah daripada wahyu yang sahih, yang datang


daripada para Rasul ʿalayhimussalam.


Allah Taʿala berfirman dalam al-Quran al-Karim:ۡ





Katakanlah, “Dialah Allah Yang Satu.”


Allah jua yang menjadi tumpuan untuk memohon sebarang hajat.


Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan


Dan tiada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya [Surah al-Ikhlas, ayat


1 - 4]


Seandainya kamu beriman dengan Rabb Yang Menciptakan, pernahkah


engkau tertanya apakah tujuan engkau diciptakan? Apakah yang Allah


mahukan daripada kita? Apakah tujuan kewujudan kita?


5


Adakah mungkin Allah menciptakan kita kemudian membiarkan kita


sia-sia? Adakah mungkin Allah menciptakan segala makhluk ini


tanpa ada matlamat atau tujuan?


Hakikatnya, sesungguhnya Rabb Yang Maha Mencipta dan Maha Agung


iaitu Allah mengkhabarkan tentang tujuan penciptaan kita iaitu


menyembahnya semata-mata dan apakah yang Allah mahukan daripada


kita.


Dia mengkhabarkan kepada kita bahawa Dialah yang paling berhak


untuk disembah. Dia juga menerangkan kepada kita melaui perantaraan


para Rasul-Nya bagaimana hendak menyembah-Nya. Bagaimana


mendekatkan diri kepada-Nya dengan melakukan segala perintah-Nya dan


meninggalkan segala larangan-Nya. Bagaimana kita mencapai


keredaan-Nya. Bagaimana berwaspada terhadap balasan buruk dan


mengkhabarkan kepada kita apakah tempat kembali kita setelah kematian


kelak.


Dia mengkhabarkan kepada kita bahawa kehidupan dunia hanyalah


sekadar ujian. Kehidupan yang sebenar dan sempurna adalah di akhirat


kelak setelah mati.


Dia juga mengkhabarkan kepada kita bahawa sesiapa yang


menyembah-Nya sebagaimana yang diperintahkan dan berhenti pada


larangan-larangan-Nya, maka buatnya kehidupan yang baik di dunia dan


kenikmatan yang berterusan di akhirat.


Sesiapa yang melakukan maksiat dan kufur terhadapnya, maka


buatnya kesengsaraan di dunia dan azab yang berterusan di akhirat.


Oleh sebab kita mengetahui bahawa tidak mungkin kehidupan ini


dilalui tanpa setiap orang menerima balasan daripada apa yang


dilakukan sama ada baik atau buruk, maka adakah di sana tiada


balasan buruk buat orang yang zalim dan tiada balasan baik buat


orang yang melakukan kebaikan?


Tuhan kita telah mengkhabarkan bahawa kejayaan menggapai


reda-Nya dan pelepasan daripada azab-Nya tidak tercapai melainkan


dengan menganut agama Islam iaitu dengan berserah kepada-Nya,


beribadah kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya, tunduk dengan taat


6


kepada-Nya, menuruti syariat-Nya dengan penuh reda dan terima. Dia juga


mengkhabarkan kepada kita bahawa Dia tidak menerima daripada


manusia agama yang lain. Allah Taʿala berfirman:





Sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima


daripadanya. Pada akhirat kelak, dia akan tergolong dalam kalangan orang


yang rugi. [Surah Ali ʿImran, ayat 85]


Sesiapa yang melihat apa yang disembah oleh manusia hari ini, dia


akan mendapati bahawa ada yang menyembah manusia, ada yang


menyembah patung, ada yang menyembah bintang dan seumpamanya.


Tidak sepatutnya manusia yang berakal menyembah melainkan Tuhan


sekalian alam, yang sempurna segala sifat-Nya. Bagaimana dia boleh


menyembah makhluk sepertinya atau yang lebih rendah daripadanya!


Tidak patut yang disembah itu manusia, patung, pokok ataupun haiwan!


Semua agama yang dianuti oleh manusia hari ini melainkan Islam,


tidak diterima oleh Allah kerana ia merupakan agama rekaan manusia,


atau agama yang diturunkan Allah kemudian diperkotak-katikkan oleh


tangan manusia. Adapun agama Islam, maka ia merupakan agama Tuhan


sekalian alam, tidak berubah dan tidak diganti.


Kitab agama ini adalah al-Quran al-Karim yang merupakan kitab yang


terpelihara sebagaimana yang diturunkan oleh Allah dan masih berterusan


berada di tangan para muslimin sehingga hari ini dengan bahasa yang


diturunkan kepada Rasululah, penutup sekalian nabi.


Antara dasar agama Islam ialah beriman dengan semua Rasul yang


diutuskan oleh Allah. Kesemua mereka dalam kalangan manusia yang


dibantu oleh Allah dengan ayat-ayat dan mukjizat-mukjizat. Mereka juga


diutuskan untuk mengajak kepada beribadah kepada Allah semata-mata


dengan tidak menyekutukan-Nya. Rasul yang terakhir adalah Muhammad


,, Allah mengutuskannya dengan syariat ilahi terakhir yang


memansuhkan syariat-syariat Rasul yang sebelumnya, membantunya


dengan ayat-ayat yang agung, yang teragung adalah al-Quran al-Karim,


kalam Tuhan sekalian alam.


7


Kitab yang paling agung dikenali manusia, yang bermukjizat dalam


kandungan, lafaz dan susunan dan hukum-hakamnya. Terdapat di


dalamnya hidayah kebenaran yang membawa kepada kebahagiaan di


dunia dan akhirat, ia turun dalam bahasa Arab.


Terdapat banyak bukti-bukti secara aqli dan saintifik yang


membuktikan bahawa al-Quran adalah kalam Allah Sang Pencipta


Subhanahu wa Taʿala tanpa ragu lagi dan tidak mungkin ia rekaan


manusia.


Antara dasar utama Islam adalah beriman dengan malaikat, beriman


dengan hari kiamat di mana Allah membangkitkan manusia dari kubur


mereka untuk menghitung amalan mereka. Sesiapa yang melakukan amal


soleh, maka dia seorang mukmin, baginya kenikmatan yang kekal di


syurga. Sesiapa yang kufur dan melakukan amalan keburukan, maka


baginya azab yang pedih di neraka kelak. Antara dasar utama Islam juga


adalah beriman dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sama ada


baik atau buruk.


Agama Islam merupakan cara hidup yang sempurna, bertepatan


dengan fitrah dan akal, diterima oleh jiwa yang sejahtera. Ia disyariatkan


oleh Sang Pencipta Yang Maha Agung buat para makhluk-Nya. Ia


merupakan agama kebaikan dan kebahagiaan buat sekalian manusia di


dunia dan di akhirat, tidak membezakan antara bangsa mahupun warna


kulit. Manusia sama sahaja, tidak ada yang membezakan mereka antara


satu sama lain melainkan kadar pelaksanaan amal solehnya.


Allah Taʿala berfirman:ۡ





Sesiapa yang beramal soleh dalam kalangan lelaki dan wanita dalam


keadaan beriman, nescaya kami akan berikannya kehidupan yang baik dan


membalasnya dengan sebaik-baik pembalasan atas apa yang mereka


kerjakan. [Surah al-Nahl, ayat 97]


Antara perkara yang ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran al-Karim


adalah beriman bahawa Allah sebagai Tuhan dan sembahan, Islam sebagai


8


agama, Muhammad sebagai Rasul dan menganut agama Islam adalah suatu


perkara yang mesti dan tiada padanya pilihan.


Pada hari kiamat kelak, terdapat perhitungan dan balasan. Sesiapa


yang beriman dan jujur, maka dia mendapat kejayaan yang besar. Sesiapa


yang kufur, maka dia mendapat kerugian yang nyata.


Allah Taʿala berfirman:





Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, nescaya dia akan


dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,


mereka kekal di dalamnya. Demikianlah kejayaan yang besar.


Sesiapa yang melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya serta


melanggar batasannya, nescaya dia akan dimasukkan ke dalam neraka


yang dia kekal di dalamnya. Baginya azab yang amat hina. [Surah al-Nisa’,


ayat 13-14]


Sesiapa yang mahu menganut agama Islam, hendaklah dia berkata:


“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa


Muhammad Rasulullah.” Dengan syarat dia memahami maknanya dan


beriman dengannya, dengan itu dia menjadi seorang muslim. Kemudian,


dia mempelajari syariat-syariat Islam yang lain satu demi satu untuk


menunaikan kewajipan Allah terhadapnya.





 



Recent Posts

‫اسلام د الله د رسولا ...

‫اسلام د الله د رسولانو دین دی ‫اسلام د الله د رسولانو دین دی اسلام د کائناتو خالق او د چارو سمبالوونکي ذات ته د محبت او تعظیم له مخې تسلیمېدلو ته وایي. د اسلام اساس په الله جل جلاله ایمان لر

NeWẽndyʋʋrãalbɑrkɑsẽn ...

NeWẽndyʋʋrãalbɑrkɑsẽnyɑɑYoldãnyɑɑsɩd-kõtbYolsdãlɑmnɑnsɩnge.Yõkrninssẽnyetyibeoogla zaabre

ئىسلام كۆرە سۈننى ى ت ...

ئىسلام كۆرە سۈننى ى ت پەيغەمبەرئەلەيھىسسالامنىڭ ۋە كەرىم قۇرئان .چۈشەنچە قىسقىچە توغرىسىدا ئىسلام

Lễ Tiết Và Quy Tắc Lữ ...

Lễ Tiết Và Quy Tắc Lữ Hành