
MIMPI BAIK1
Segala puji bagi Allah, kita memuji, memohon pertolongan dan keampunan
Nya, serta berlindung kepada-Nya dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan
kita. Barangsiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka tidak akan ada yang
mampu menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan maka tidak akan ada
yang mampu memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada sesembahan yang
berhak disembah melainkan hanya Allah, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi
bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Semoga selawat dan salam
dicurahkan keatas baginda, ahli keluarga dan para sahabatnya.
Amma ba'du...2
Bertaqwalah kepada Allah, wahai hamba-hamba Allah, dengan sebenar-benar
taqwa, dan hendaklah kamu berwaspada akan pengawasan-Nya terhadap apa yang
tersembunyi dalam dirimu serta pembicaraan rahsiamu.
Wahai kaum muslimin…
Allah telah menyempurnakan nikmat-Nya keatas para hamba, baik yang zahir
mahupun yang batin, di waktu sedar dan tidur mereka. Allah subhanu ta’ala lah yang
mengatur segala urusan pada siang dan malam hari. Ia merupakan hikmah Allah
apabila Dia merahsiakan ilmu ghaib dari makhluk-Nya, dan tiada cara untuk
mengetahuinya selain dari apa yang telah Allah beritahu kepada para utusan-Nya,
Allah subhanahu berfirman:
"Dia Maha Mengetahui yang ghaib. Lalu, Dia tidak memperlihatkan yang
ghaib itu kepada sesiapa pun, kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya.
Sesungguhnya Dia menempatkan penjaga-penjaga (malaikat) di hadapan dan di
belakangnya." (QS. Al-Jinn: 26-27).
Di antara nikmat batin dan keajaiban penciptaan Allah yang memukau, adalah
Dia telah menajdikan sebahagian dari tanda kenabian untuk mengetahui beberapa
perkara ghaib yang telah Dia beritahukan kepada hamba yang Dia kehendaki melalui
mimpi mereka. Nabi Muhamma sallallahu ‘alaihi wasallaam bersabda: “Tidak
tersisa dari kenabian kecuali mubasysyiraat.” Para sahabat bertanya: “Apakah itu
(1) Disampaikan pada hari Jumaat, 16 Safar 1445H, di Masjid Nabawi.
(2) Merupakan kalimah yang masyhur dikalangan orang arab ketika memulakan khutabah, di awal penulisan surat,
atau untuk berpindah dari sesuatu tajuk ke tajuk yang lain. Dan ia bermaksud: apa yang telah disebutkan atau
diucapkan.
2 MIMPI BAIK
alqasim.com-a
mubasysyiraat?” baginda pun menjawab: “Mimpi yang baik.” (HR. Bukhari)
Perkara ini merupakan kesempurnaan ilmu dan kelembutan Allah; yang dapat
meningkatkan keimanan seorang hamba mu’min. Allah mengkhabarkan kepadanya
beberapa hal tentang masa lalu, masa kini, dan masa akan datang; hingga dia sama
sekali tidak memerlukan kedustaan dan penipuan para dukun dan semisal dengannya.
Selain itu, ia juga mengandungi galakan motivasi untuk berbuat kebaikan, peringatan
dari keburukan, serta khabar gembira dan peringatan lainnya.
Mimpi memiliki kedudukan yang agung dalam Islam. Mimpilah yang
menyertai para nabi ‘alaihim assalam ketika mereka dilanda ujian dan peristiwa
peristiwa yang dahsyat, dan ia merupakan wahyu bagi para nabi, tidak bagi selain
mereka. Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail `alaihimassalaam:
"Wahai anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu..."
(QS. Ash-Shaffat: 102).
Allah pun meninggikan derajat Nabi Ibrahim disebabkan baginda
mempercayai mimpi dan melaksanakan perintah Tuhannya. Allah juga mengabadikan
pujian yang baik untuk baginda, yang terus dikenang oleh generasi demi generasi.
Allah berfirman:
"Kami mengabadikan untuknya (pujian) pada orang-orang yang datang
kemudiannya, 'Salam sejahtera ke atas Ibrahim.' Demikianlah Kami memberi
balasan kepada orang-orang yang berbuat kebaikan." (QS. Ash-Saffat: 108-110).
Nabi Yusuf `alaihissalaam- juga memulakan kehidupan baginda dengan
sebuah mimpi.
"Wahai ayahku, sesungguhnya aku telah (bermimpi) melihat sebelas bintang,
matahari, dan bulan. Aku melihat semuanya sujud kepadaku." (QS. Yusuf: 4).
Mimpi itu pun menjadi nyata dengan diiringi kemuliaan dan ketinggian derajat
baginya..
"Dia (Yusuf) menaikkan kedua ibu bapanya ke atas singgahsana. Mereka
tunduk bersujud kepadanya (Yusuf)." (QS. Yusuf: 100).
Kebaikan dan cahaya pertama kali menghampiri umat ini melalui mimpi.
Aisyah radhiyallahu anha mengisahkan: “Wahyu pertama yang dialami oleh
3 MIMPI BAIK
a-alqasim.com
Rasulullah sallallahu `alaihi wasallaam adalah berupa mimpi yang benar dalam
tidur baginda, setiap mimpi yang baginda lihat pasti akan benar-benar terjadi
dengan jelas, laksana fajar Subuh.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Pada perang Badar, Allah memperlihatkan kemenangan kepada Nabi-Nya
melalui mimpi, maka baginda pun mengkhabarkannya kepada para sahabatnya, maka
hati-hati mereka menjadi teguh kuat dan berani untuk berperang menentang musuh
mereka.. Allah berfirman:
"(Ingatlah) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu (Nabi Muhammad)
di dalam mimpimu (dalam jumlah) sedikit. Seandainya Allah memperlihatkan mereka
kepadamu (dalam jumlah) banyak, nescaya kamu berasa gentar dan kamu akan
berbantah-bantahan dalam urusan itu, tetapi Allah telah menyelamatkan (kamu)."
(QS. Al-Anfal: 43).
Allah juga memperlihatkan penaklukan Mekkah kepada Nabi-Nya melalui
mimpi ketika baginda masih berada di Madinah; dan jadilah ia sebagai khabar
gembira bagi mereka. Allah berfirman:
"Sungguh, Allah benar-benar akan membuktikan kepada Rasul-Nya tentang
kebenaran mimpinya dengan sebenar-benarnya, (iaitu) bahawa kamu pasti akan
memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dalam keadaan aman, dengan
mencukur rambut kepala, dan memendekkannya, sedang kamu tidak berasa takut."
(QS. Al-Fath: 27).
Kemudian kota Mekkah pun telah berjaya dibuka selepas tempoh setahun.
Apabila Nabi Muhammad sallallahu `alaihi wasallaam melihat sebuah mimpi,
baginda akan menceritakannya kepada para sahabatnya, bahkan setiap kali usai solat
Subuh baginda selalu menghadapkan tubuh ke arah para sahabatnya lalu bertanya
kepada mereka: “Adakah salah seorang dari kamu yang bermimpi pada malam
tadi?” (HR. Bukhari dan Muslim).
Asal pensyariatan azan adalah persetujuan dari Nabi sallallahu `alaihi
wasallaam terhadap mimpi Abdullah bin Zaid radhiyallahu `anhu. Abdullah
menceritakann: “Pada pagi hari aku pun memberitahukan mimpiku kepada
Rasulullah sallallahu `alaihi wasallaam. Baginda pun bersabda: ‘Sungguh itu
merupakan mimpi yang benar, in syaa Allah! Pergilah kamu bersama Bilal;
ajarkanlah kepadanya lafaz yang engkau dengar dalam mimpimu; agar kemudian
ia mengumandangkannya sebagai azan!’” (HR. Ahmad). Ibn Abdul Barr
rahimahullah telah berkata: “Para ulama dari kalangan sahabat, tabiin, dan ulama
Ahlussunnah dari generasi sesudah mereka telah sepakat untuk mengimaninya.”
4
MIMPI BAIK
Mimpi mempunyai tiga jenis. Salah satunya adalah mimpi yang hak yang pasti
akan menjadi kenyataan, sedangkan dua jenis lainnya adalah samada permainan
syaitan ataupun mimpi kosong. Nabi sallallahu `alaihi wasallam bersabda: “Mimpi
itu ada tiga. Mimpi baik yang merupakan khabar gembira dari Allah, mimpi
menyedihkan yang datang dari syaitan, dan mimpi yang berasal dari bisikan jiwa
seseorang.” (HR. Muslim).
Mimpi baik akan menggembirakan seorang mu’min namun tidak akan
membuatnya berasa bangga atau menyombong diri, dan ia merupakan bahagian dari
kenabian. Rasulullah sallallahu `alaihi wasallaam bersabda: “Mimpi seorang
mu’min adalah satu dari empat puluh enam bahagian kenabian.” (Muttafaq
'alaihi). Ia termasuk khabar gembira yang masih berbaki setelah tamatnya masa
pengutusan para nabi. Nabi Muhammad sallallahu `alaihi wasallam pernah ditanya
mengenai firman Allah ta`ala:
"Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..."
(QS. Yunus: 64).
Baginda pun menjawab: “Yang dimaksudkan adalah mimpi baik yang dilihat
atau diperlihatkan kepada seorang muslim.” (HR. Ahmad).
Mimpi yang baik adalah salah satu bahagian kenabian, dan kenabian
merupakan wahyu. Seorang yang berdusta tentang sesuatu mimpi, bererti dia telah
berdusta atas nama Allah dengan menyatakan bahawa Allah telah memperlihatkan
sesuatu kepadanya, padahal kenyataannya tidak. Rasulullah-sallallahu `alaihi
wasallaam bersabda: “Sungguh termasuk dusta yang paling buruk adalah
mengaku melihat mimpi yang tidak pernah dilihat.” (HR. Bukhari). Dan pada Hari
Kiamat kelak dia akan diperintahkan untuk mewujudkan apa yang tidak mampu dia
lakukan, sebagai seksaan dahsyat baginya. Rasulullah sallallahu `alaihi wasallaam
bersabda: “Barangsiapa mengaku bermimpi apa yang tidak dia mimpikan, dia
akan diperintahkan untuk mengikat antara dua biji gandum, dan dia tidak akan
mampu melakukannya!” (HR. Bukhari).
Mimpi yang baik biasanya hanya dialami oleh hamba yang soleh, namun ia
juga dapat dialami oleh selain mereka. Ingatlah bahawa Nabi Yusuf `alaihissalaam
menakwilkan mimpi dua penghuni penjara yang pada akhirnya benar-benar terjadi,
dan juga mimpi raja kafir tentang tujuh ekor sapi betina yang akhirnya juga terjadi.
Imam Bukhari berkata dalam Shahih-nya: “Bab Mimpi para Penghuni Penjara,
Pelaku Kerosakan, dan Orang Kafir.” Ibnu Hazm rahimahullah menjelaskan:
“Terkadang mimpi orang kafir benar-benar terjadi, namun itu bukanlah sebahagian
dari kenabian ataupun khabar gembira, melainkan peringatan baginya dan ibrah
bagi selainnya.”
a
alqasim.com
5 MIMPI BAIK
a-alqasim.com
Mimpi di siang hari juga dapat benar-benar terjadi sebagaimana mimpi di
malam hari. Suatu ketika Rasulullah sallallahu `alaihi wasallaam masuk menemui
Ummu Hizam bintu Milhan radhiyallahu `anha lalu tidur siang di rumahnya.
Baginda pun bermimpi dalam tidurnya, lalu menceritakannya kepada Ummu Hizam.
(HR. Bukhari dan Muslim).
Disunnahkan bagi seseorang yang melihat mimpi indah untuk memuji Allah
diatas mimpi indah itu, menganggapnya sebagai khabar gembira, dan juga
menceritakannya kepada sesiapa pun yang dia inginkan, namun hendaklah dia
menghindari orang yang hasad dan penuh tipu daya. Nabi Ya`qub `alaihissalaam
berkata:
"Wahai anakku, janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara
saudaramu kerana mereka akan membuat tipu daya yang sungguh-sungguh
kepadamu!" (QS. Yusuf: 5).
Adapun jika melihat mimpi buruk, disunnahkan baginya untuk berlindung
kepada Allah dari keburukannya dan kejahatan syaitan, meludah tiga kali ke arah kiri,
mengubah arah tidur, tidak menceritakannya kepada sesiapa pun, dan juga hendaklah
dia bangun dan melakukan solat. An-Nawawi rahimahullah mengatakan: “Apabila
dia hanya melakukan beberapa hal dari sekian anjuran di atas, maka itu sudah
cukup untuk menjauhkan bahaya mimpi buruk dengan izin Allah; sebagaimana yang
telah dijelaskan oleh beberapa hadis.”
Tafsir mimpi termasuk ilmu para nabi dan kaum mu’minin, selain ia
merupakan ilmu yang jarang ditemui lantaran memerlukan kombinasi antara bakat
dan kemahiran, ia juga merupakan anugerah Allah kepada sesiapa yang Dia
kehendaki. Allah ta’ala berfirman tentang Nabi Yusuf `alaihissalaam:
"Dan agar Kami mengajarkan kepadanya tafsir mimpi..." (QS. Yusuf: 21).
Tafsir mimpi juga termasuk di dalam kategori fatwa, sehingga tidak seorang
pun diperbolehkan berbicara tentangnya tanpa ilmu. Nabi Yusuf -alaihissalaam
berkata kepada dua penghuni penjara:
"Telah terjawab perkara yang kamu berdua tanyakan fatwanya (kepadaku)."
(QS. Yusuf: 41).
Si Raja juga mengatakan:
"Berilah fatwa kepadaku perihal mimpiku itu..." (QS. Yusuf: 43).
6
MIMPI BAIK
Seorang bekas penghuni penjara mengatakan kepada Nabi Yusuf:
"Fatwakanlah kepada kami (tafsir mimpi) tentang tujuh ekor sapi..." (QS.
Yusuf: 46).
Tafsir mimpi dapat disimpulkan berdasarkan analogi, permisalan, atau
mengqiaskan perkara nalar dengan kenyataan. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:
“Seluruh permisalan yang tertera di dalam Al-Quran merupakan dasar dan kaedah
bagi ilmu tafsir mimpi bagi orang yang mahir menyimpulkan darinya. Oleh itu,
semakin baik pemahaman seseorang terhadap Al-Quran maka akan semakin baik
pula tafsir mimpinya. Asas ilmu tafsir mimpi yang benar hanyalah disarikan dari
pelita Al-Quran.”
Barangsiapa ingin mengetahui tafsiran mimpinya, maka janganlah dia bertanya
kecuali kepada ahlinya. Ketahuilah bahawa tidak semua orang yang terkenal
dikalangan manusia sebagai penafsir mimpi adalah ahli tafsir yang sebenarnya.
Seorang yang hanya mempelajari literatur perihal tafsir mimpi juga belum tentu dapat
mentakwilkannya, kerana tafsir mimpi terkait erat dengan peribadi orang yang
bermimpi, zaman, dan lokasi hidupnya. Pernah ditanyakan kepada Imam Malik
rahimahullah: “Apakah setiap orang mampu menafsirkan mimpi?” Beliau pun
bertanya balik: “Apakah pantas jika kenabian dipermainkan?!”
Orang yang dianugerahi oleh Allah kemahiran dalam menafsirkan mimpi
hendaklah senantiasa bertaqwa kepada Allah dan berhati-hati dari penyakit riya’ dan
rasa cinta terhadap kemasyhuran, hendaklah dia selalu memohon pertolongan dan
bimbingan kepada Rabbnya, dan dia harus berwaspada dari penyakit `ujub (angkuh)
yang akan menyebabkan segala nikmat terhapus. Maka hendaklah dia bersyukur
kepada Allah atas nikmat tersebut. Ingatlah ucapan Nabi Yusuf `alaihissalam:
"Tuhanku, sungguh Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian
kekuasaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian tafsir mimpi" (QS. Yusuf: 101).
Seorang mufti, penafsir mimpi, atau doktor adalah orang yang mengetahui
rahsia, aurat dan aib manusia yang tidak diketahui oleh selain mereka; oleh itu
mereka wajib untuk selalu menjaga rahsia hal-hal yang tidak boleh diketahui oleh
orang lain.
Mimpi yang benar itu pasti akan menjadi nyata, samada ia telah ditafsir
ataupun belum ditafsir. Perhatikan bagaimana Nabi Ya`qub berpesan kepada Nabi
Yusuf alaihimassalam:
"Janganlah engkau ceritakan mimpimu." (QS. Yusuf: 5).
a
alqasim.com
MIMPI BAIK
7
Dan dia tidak menafsirkannya, namun demikian mimpi tersebut tetap menjadi
kenyataan. Seorang penakwil hanya berusaha menyingkap tabir dari hakikat sebuah
mimpi; ia mungkin sahaja benar dan juga mungkin salah. Setelah mendengar tafsir
mimpi oleh Abu Bakr radhiyallahu `anhu, Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam
bersabda: “Sebahagian dari tafsirmu itu benar, namun sebahagiannya lagi salah.”
(Muttafaq 'alaihi).
Mimpi yang benar mungkin terjadi secara langsung, dan boleh pula tertunda
dalam jangka waktu yang sekejap ataupun lama. Abdullah bin Syaddad rahimahullah
berkata: “Tafsir mimpi Nabi Yusuf `alaihissalam terjadi setelah berlalunya empat
puluh tahun, dan itulah jangka waktu terlama untuk terjadinya tafsir suatu mimpi.”
Hendaklah setiap muslim meyakini bahawa apapun yang Allah takdirkan untuknya
adalah suatu kebaikan, baik di masa kini mahupun yang akan datang.
Wa ba'du, wahai kaum muslimin:
Kini, tatkala zaman semakin jauh dari zaman kenabian dan bekas-bekasnya,
Allah menggantikan untuk kaum mu’minin dengan mimpi yang benar. Nabi
Muhammad sallallahu `alaihi wasallaam bersabda: “Apabila Hari Kiamat semakin
dekat, hampir seluruh mimpi seorang mu’min menjadi nyata.” (Muttafaq 'alaihi).
Adapun di masa terang benderangnya cahaya kenabian, maka kenabian itu sudah
cukup sebagai pengganti dari mimpi.
Mimpi yang paling benar adalah mimpi orang yang paling jujur lisannya di
alam nyata. Nabi sallallahu `alaihi wasallam bersabda: “Orang yang paling benar
mimpinya adalah yang paling jujur lisannya.” (HR. Muslim). Ibnu Hajar
rahimahullah menjelaskan: “Seorang yang terbiasa jujur di alam sedar, kebiasaan
tersebut akan mengikutinya di alam mimpi; dia pun tidaklah bermimpi kecuali
kebenaran. Tentu ini bertolak belakang dengan orang yang hobi berdusta dan
memanipulasi; hatinya rosak sehingga dia hanya bermimpi kosong atau mimpi yang
menyesatkan.”
Sentiasalah jujur dalam berkata-kata, teruslah bertaqwa; nescaya anda akan
meraih kebaikan dunia dan akhirat!
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk
"Dia (Yusuf) menaikkan kedua ibu bapanya ke atas singgasana. Mereka
tunduk bersujud kepadanya (Yusuf). Dia (Yusuf) berkata: 'Wahai ayahku, inilah tafsir
mimpiku yang dahulu itu. Sungguh, Tuhanku telah menjadikannya suatu
kenyataan...'" (QS. Yusuf: 100)
Semoga Allah memberkatiku dank kamu semua dengan Al-Quran…
a-alqasim.com
8
MIMPI BAIK
KHUTBAH KEDUA
Segala puji bagi Allah atas kebaikan-Nya, dan segala syukur dipanjatkan
kepada Allah atas petunjuk dan pemberian-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan
yang berhak disembah melainkan hanya Allah, tiada sekutu bagi-Nya, sebagai
pengagungan terhadap kebesaran-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah
hamba dan utusan-Nya. Semoga selawat dan salam dicurahkan keatas baginda, ahli
keluarga, dan para sahabatnya.
Agama telah sempurna dengan wafatnya Nabi Muhammad sallallahu `alaihi
wasallam. Mimpi tidaklah dapat dijadikan sandaran untuk menetapkan hukum hakam
agama. Asy-Syatibi rahimahullah menjelaskan: “Fungsi dari mimpi hanyalah
sebagai pembawa khabar gembira dan peringatan, bukan menetapkan hukum
syariat.”
Allah telah menjaga Nabi kita sallallaahu `alaihi wasallam dari syaitan yang
hendak menyerupainya. Barangsiapa bermimpi melihat baginda sallallahu `alaihi
wasallam, bererti dia benar-benar melihat baginda. Rasulullah sallallahu `alaihi
wasallam bersabda: “Barangsiapa bermimpi melihatku bererti dia benar-benar
melihatku, kerana syaitan tidak mampu menyerupai diriku.” (Muttafaq 'alaihi).
Bermimpi melihat Nabi sallallahu `alaihi wasallam- tidak akan membuat
seseorang menjadi lebih baik dari orang lain. Dan barangsiapa bermimpi melihat
susuk yang mengaku sebagai baginda namun tidak sesuai dengan kriteria fisik
baginda sebagaimana disebutkan di dalam hadis dan sirah nabawiyyah, atau
bermimpi melihat seseorang yang mengaku sebagai baginda namun memerintahkan
perkara yang batil, itu bererti ianya hanyalah mimpi kosong belaka. Kebaikan
hanyalah dapat diraih dengan mengikuti Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam.
Kemudian ketahuilah bahawa Allah telah memerintahkan kamu semua untuk
berselawat dan salam kepada Nabi-Nya…