Siapakah Pembunuh Husein Radhiyallahu
‘anhuhiyallahu ‘anhu?
Segala puji hanya untuk Allah Ta'ala, shalawat serta
salam semoga tercurah kepada Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi
wa sallam beserta keluarga dan seluruh sahabatnya.
SYIAH KUFAH PEMBUNUH AL-HUSEIN Rhadhiyallahu ‘anhu
Seorang tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana
Ali Ahmad Abbasi menulis di dalam bukunya "Hazrat Mu'aawiah
Ki Siasi Zindagi" bahwa di dalam sejarah Islam, ada dua orang
yang sungguh kontroversial. Seorang daripadanya Amirul
Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan imejnya
walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh-tokoh
utama di zaman itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di
zamannya dia telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan salah
seorang daripada golongan qaramithah oleh masyarakat Islam
yang membawanya disalib. Amirul Mukminin Al Muqtadir billah
telah menghukumkan beliau murtad berdasarkan fatwa sekalian
ulama dan fuqaha' yang hidup pada waktu itu, tetapi imejnya
4
semakin cerah tahun demi tahun sehingga akhirnya telah
dianggap sebagai salah seorang ' aulia illah'.
Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan
dan fantasi manusia yang jauh daripada berpijak di bumi yang
nyata. Semua ini adalah akibat daripada tidak menghargai dan
memberikan penilaian yang sewajarnya kepada pendapat orangorang
pada zaman mereka masing-masing.
Pendapat tokoh-tokoh dari kalangan sahabat dan tabi'in
yang sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat-riwayat yang
muktabar dan sangat kuat kedudukannya menjelaskan kepada
kita bahwa Yazid adalah seorang anak muda yang bertaqwa, alim,
budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati
kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam "Ansabu Al
Asyraf" mengatakan bahwa, "Bila Yazid dilantik menjadi khalifah
maka Abdullah bin Abbas, seorang tokoh dari Ahlul Bait berkata :
"Sesungguhnya anaknya Yazid adalah daripada keluarga yang
saleh. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat-tempat duduk
kamu dan berilah ketaatan dan bai'ah kamu kepadanya" (Ansabu
Al Asyraf, jilid 4, m.s. 4).
Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang
setia kepada para Khulafa' Abbasiah. Beliau telah mengemukakan
kata-kata Ibnu Abbas ini di hadapan mereka dan menyebutkan
5
pula sebelum nama Yazid ' Amirul Mukminin'.Abdullah Ibn Umar
yang dianggap sebagai orang tua di kalangan sahabat pada masa
itu pula bersikap tegas terhadap orang-orang yang menyokong
pemberontakan yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan
Yazid dan sikap yang begini disebut di dalam Sahih Bukhari
bahwa, bila penduduk Madinah membatalkan bai'ah mereka
terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn Umar radhiyallahu
‘anhumengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu
berkata, " Saya pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda, "Akan dipacakkan bendera untuk setiap
orang yang curang (membatalkan bai'ahnya) pada hari
kiamat.”Sesungguhnya kita telah berbai'ah kepadanya dengan
nama AllahShubhanahu wa ta’alla dan Rasul -Nya. Sesungguhnya
saya tidak mengetahui kecurangan yang lebih besar daripada kita
berbai'ah kepada seseorang dengan nama Allah Shubhanahu wa
ta’alladan Rasul -Nya, kemudian kita bangkit pula memeranginya.
Kalau saya tahu siapa daripada kamu membatalkan bai'ah
kepadanya dan turut serta di dalam pemberontakan ini, maka
terputuslah perhubungan di antaraku dengannya". (Sahih Bukhari
-Kitabu Al Fitan).
Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita
dapati pembunuhan Sayyidina Husain di zaman pemerintahan
6
Yazidlah yang merupakan fakta terpenting mendorong segala
fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid tidak mudah
ditolak oleh generasi kemudian. Hakikat inilah yang mendorong
lebih banyak cerita-cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh
musuh-musuh Islam. Tentu sekali orang yang membunuh
menantu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang tersayangdibelai
oleh RasulullahShallallahu ‘alaihi wa sallam dengan penuh
kasih sayang semasa hayatnya kemudian disebutkanpula dengan
kelebihan dan keutamaan-keutamaannya di dalam hadis-hadits
Baginda- tidak akan dipandang sebagai seorang yang berperi
kemanusiaan apalagi untuk mengatakannya seorang soleh,
budiman, bertaqwa dan pemimpin umat Islam.
Karena itulah cerita-cerita seperti Yazid sering kali
minum arak, seorang yang suka berfoya-foya, suka mendengar
muzik dan menghabiskan waktu dengan penari-penari, begitu
juga beliau adalah orang terlalu rendah jiwanya sehingga suka
bermain dengan monyet dan kera, terlalu mudah diterima oleh
umat Islam kemudian.
Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina
Husain? Atau benarkah Yazid memerintahkan supaya Sayyidina
Husain dibunuh di Karbala?Selagi tidak dapat ditentukan siapakah
pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya dan terus
7
diucapkan ' Yazidlah pembunuhnya' tanpa diselidik yang
mendalam dan teliti, maka selama itulah nama Yazid akan terus
tercemar dan dia akan dipandang sebagai manusia yang paling
malang. Tetapi bagaimana jika yang membunuh Sayyidina Husain
itu bukan Yazid? Kemanakah pula akan kita bawakan segala
tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan caci maki yang selama ini telah
kita sandarkan pada Yazid itu ?
Jika kita seorang yang cinta akan keadilan, berlapang
dada, sudah tentu kita akan berusaha untuk membincangkan
segala keburukan yang dihubungkan kepada Yazid selama ini dan
kita pindahkan ke halaman rumah pembunuh- pembunuh
Sayyidina Husain yang sebenarnya. Apalagi jika kita seorang Ahlus
Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu dengan adanya bukti-bukti yang
kuat dan kukuh daripada sumber-sumber rujukan muktabar dan
berdasarkan prinsip-prinsip aqidah yang diterima di kalangan
Ahlus Sunnah, kita akan terdorong untuk membersihkan Yazid
daripada segala tuduhan dan meletakkannya ditempat yang
istimewa dan selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal
Islam.
Sekarang marilah kita pergi ke tengah-tengah medan
penyelidikan tentang pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala
8
bersama-sama dengan beberapa ahli keluarganya.
PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH
Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita
secara terus terang dan terbuka bahwa pembunuh Sayyidina
Husain radhiyallahu ‘anhuyang sebenarnya bukanlah Yazid tetapi
adalah golongan Syiah Kufah.Dakwaan ini berdasarkan beberapa
fakta dan bukti-bukti daripada sumber-sumber rujukan sejarah
yang muktabar. Kita akan membagi-bagikan bukti-bukti yang akan
dikemukakan nanti kepada dua bagian :
1. Bukti-bukti utama
2. Bukti-bukti sokongan
1. BUKTI-BUKTI UTAMA
Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah
yang bertugas untuk mencari kebenaran dan mendapatkan
keadilan akan memutuskan Yazid sebagai tersangka dan sebagai
oknum yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina
Husainradhiyallahu ‘anhu. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan
9
penuh penghormatan dan akan terbongkarlah rahasia yang
selama ini menutupi pembunuh-pembunuh Sayyidina
Husainradhiyallahu ‘anhu yang sebenarnya di Karbala.
Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri
bahwa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan
Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu
kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang konon
menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai
cara bertaubat, mereka telah saling membunuh antar sesama
mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi
sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah Shubhanahu wa
ta’alakarena kesalahan mereka menyembah anak lembu
sepeninggalan Nabi Musa ‘alaihissalamke Thur Sina.
Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan "At
Tawaabun" itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran
sejarah dan tetap tidak hilang walaupun coba dihapuskan oleh
mereka dengan beribu-ribu cara.
Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain
ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tonggak
dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan
lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi
menulis :
10
"Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara
ghaib. Maka berkatalah mereka, "Demi Tuhan! Apa yang telah
kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah
membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" karena Ibn Ziad
(gubernur Irak saat terjadi tragedi pembunuhan tersebut) anak
haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama
mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak
berguna apa-apa". (Jilaau Al'Uyun, m.s. 430)
Qadhi Nurullah Syustri menulis pula di dalam bukunya
Majalisu Al'Mu'minin bahwa selepas sekian lama (lebih kurang 4
atau 5 tahun) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang-orang
Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, "Kita telah
memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat
setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan
membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan
kecuali kita saling membunuh". Dengan itu berkumpullah sekian
banyak orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka
membaca ayat yang bermaksud, "Maka bertaubatlah kepada
Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu
adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu
". (Al Baqarah :54). Kemudian mereka saling bunuh diantara
11
mereka. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan
gelaran "At Tawaabun".
Sejarah tidak melupakan dan tidak akan melupakan
peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain
di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah
seorang fanatik syiah, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali
di dalam peperangan Siffin, senantiasa bersama Sayyidina Husain.
Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk
mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid,
tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
Sejarah memaparkan bahwa dialah yang mengepalai
4,000 orang bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan
dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk
memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan
Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)
Masih adakah orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya
Syits bin Rab'ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini
ialah Mulla Baaqir Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara
tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada pihak Syiah
sendiri tentang pembunuhan itu.
Lihatlah pula kepada Qais bin Asy'ats ipar Sayyidina
Husain yang tidak diragukan lagi tentang Syiahnya tetapi apa kata
12
sejarah tentangnya? Bukankah sejarah menbeberkan kepada kita
bahwa itulah orang yang merampas selimut Sayyidina Husain dari
tubuhnya setelah selesai pertempuran ? (Khulashatu Al Mashaaib,
m.s. 192).
Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang
membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh-pembunuh
Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut serta di dalam
rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala
yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan
dakwaan ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang
sempat ukirkan kisahnya oleh sejarah sebelum beliau terbunuh.
Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada
orang-orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan
beliau:
"Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat
sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu. Wahai orangorang
yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah
menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan,
tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu
dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu
hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu
13
musuh-musuh di dalam menentang kami ". (Jilaau Al' Uyun, ms
391).
Beliau juga berkata kepada Syiah :
"Binasalah kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan
perang dendammu dari sarung-sarungnya tanpa sebuah
permusuhan dan perselisihan yang ada di antara kamu dengan
kami? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul Bait
tanpa suatu sebab? " (Ibid).Akhirnya beliau mendoakan
keburukan untuk golongan Syiah yang sedang berhadapan untuk
bertempur dengan beliau :
"Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan
sengsarakanlah mereka. Jadikanlah hati-hati pemerintah terus
membenci mereka karena mereka menjemput kami dengan
maksud membela kami tetapi sekarang mereka menghunuskan
pedang dendam terhadap kami ". (Ibid) Beliau juga dikisahkan
telah mendoakan keburukan untuk mereka dengan kata-katanya:
"Binasalah kamu! Tuhan akan membalaskan bagi kelompokku di
dunia dan di akhirat……..Kamu akan menghukum diri kamu sendiri
dengan memukul pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu
akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan
mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai
kepada hajatmu.
14
Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu
di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh
orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya". (Mulla
Baqir Majlisi-Jilaau Al'Uyun, m.s. 409).Dari kata-kata Sayyidina
Husain yang dipaparkan oleh sejarawan Syiah sendiri, Mulla Baqir
Majlisi, dapat disimpulkan bahawa :
Di’ayah yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam
menjadi saksi sejarah bahwa pembunuhan Ahlul Bait di Karbala
merupakan balas dendam dari Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait
yang telah membunuh pemimpin-pemimpin Bani Umayyah yang
kafir di dalam peperangan Badar, Uhud, Siffin dan lain-lain tidak
lebih daripada propaganda kosong semata-mata karena
pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di Karbala
bukannya datang dari Syam, bukan juga dari kalangan Bani
Umayyah tetapi dari kalangan Syiah Kufah.
Keadaan Syiah yang sentiasa diburu dan dihukum oleh
kerajaan-kerajaan Islam di sepanjang sejarah membuktikan
termakbulnya doa Sayyidina Husain di medan Karbala terhadap
Syiah.
Upacara menyiksa tubuh dengan memukulinya dengan
rantai, pisau dan pedang pada 10 Muharram dalam bentuk
perkabungan yang dilakukan oleh golongan Syiah itu sehingga
15
mengalir darah juga merupakan bukti diterimanya doa Sayyidina
Husain dan upacara ini dengan jelas dapat dilihat hingga sekarang
di dalam masyarakat Syiah.Adapun di kalangan Ahlus Sunnah
tidak pernah ada upacara ritual semacam ini dan dengan itu jelas
menunjukkan bahwa merekalah golongan yang
bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.
Betapa kejam dan kerasnya hati golongan ini dapat
dilihat pada tindakan mereka menyembelih dan membunuh
Sayyidina Husain bersama dengan sekian banyak ahli keluarganya
walaupun setelah mendengar ucapan dan doa keburukan untuk
mereka yang dipinta oleh beliau.
Itulah dia golongan yang buta mata hatinya dan telah
hilang kewarasan pemikirannya karena setelah mereka selesai
membunuh, mereka melepaskan kuda Zuljanah yang ditunggangi
Sayyidina Husain sambil memukul-mukul tubuh mereka sendiri
untuk menyatakan penyesalan. Dan inilah dia upacara
perkabungan pertama terhadap kematian Sayyidina Husain yang
pernah dilakukan di atas muka bumi ini sejauh pengetahuan
sejarah. Dan hari ini bukankah anak cucu golongan ini
meneruskan upacara perkabungan ini seFap kali Fbanya 10
Muharram?
16
Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut serta
di dalam rombongan ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya
peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan
perempuan yang meratap dengan menyobek-nyobek baju mereka
sambil menangis, dalam keadaan sakit beliau dengan suara yang
lemah berkata kepada mereka, "Mereka ini menangisi kami.
Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain
mereka?" (At Thabarsi-Al IhFjaj, m.s. 156).
Pada halaman berikutnya Thabarsi menukilkan kata-kata
Imam Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata beliau,
"Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah
Shubhanahu wa ta’alaaku bersumpah untuk bertanya pada kamu,
ceritakanlah! Tidakkah kamu sadar bahwasanya kamu
mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang),
kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan
perjanjian taat setia mu kepadanya? Kemudian kamu
membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu karena
amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu".
Sayyidatina Zainab, saudara perempuan Sayyidina Husain
yang terus hidup selepas peristiwa itu juga mendoakan keburukan
untuk golongan Syiah Kufah. Katanya, "Wahai orang-orang Kufah
yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan
17
air mata kami belum lagi kering karena kezalimanmu itu. Keluhan
kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak
ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian
diuraikannya kembali. Kamu juga telah mengoyak ikatan iman dan
telah berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami
padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu
pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis
dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan
untuk kamu. Kumpulan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang
walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms 424).
Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap menjadi
kenyataan dan berlaku di kalangan Syiah hingga ke hari ini.Ummu
Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula berkata kepada kaum
kuffah sambil menangis, "Wahai orang-orang Kufah! Buruklah
hendaknya keadaanmu, buruklah rupamu, kenapa kamu
menjemput saudaraku Husain kemudian tidak membantunya
bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan
orang-orang perempuan dari kelompok nya. Laknat Allah
Shubhanahu wa ta’alaatas kalian dan semoga kutukan –Nya
segera menimpamu".Beliau juga berkata, " Wahai orang-orang
Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami
sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan
18
akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat nanti".
(Ibid, ms 426-428)
Sementara Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain
pula berkata, " Kamu telah membunuh kami dan merampas harta
benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Sayyidina
Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari hujung-hujung
pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya.
Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah
Shubhanahu wa ta’alaakan terus-terusan menimpa kamu. Siksaan
dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan
terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedangpedang
di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung
dengan azab yang pedih ".
Apa yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt. Husain
ini dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri di mana-mana
Syiah berada.Dua bukti utama yang telah kita kemukakan tadi,
sebenarnya sudah mencukupi untuk kita memutuskan siapakah
sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain di Karbala. Daripada
keterangan dalam kedua bukti yang lalu dapat kita simpulkan
beberapa perkara :
1. Orang-orang yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah
untuk memberontak adalah Syiah.
19
2. Orang-orang yang tampil untuk bertempur dengan
rombongan Sayyidina Husain di Karbala itu juga Syiah.
3. Sayyidina Husain dan orang-orang yang ikut serta di dalam
rombongannya terdiri dari saudara-saudara perempuannya
dan anak-anaknya menyaksikan bahwa Syiahlah yang telah
membunuh mereka.
4. Golongan Syiah Kufah sendiri mengakui merekalah yang
membunuh nyajuga menyatakan penyesalan mereka dengan
meratap dan berkabung karena kematian orang-orang yang
dibunuh oleh mereka.
Mahkamah di dunia ini menerima keempat perkara
tersebut diatas sebagai bukti yang kukuh dan jelas menunjukkan
siapakah pembunuh sebenarnya di dalam sebuah kasus
pembunuhan, yaitu bila pembunuh dan yang terbunuh berada di
suatu tempat, ada orang menyaksikan pembunuhan itu dilakukan.
Orang yang terbunuh sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya
dan puncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri. Jika
keempat-empat perkara ini sudah terbukti dengan jelas dan
diterima oleh semua mahkamah sebagai kasus pembunuhan yang
cukup bukti-buktinya, maka bagaimana mungkin diragukan lagi
tentang pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain itu?
20
BUKTI-BUKTI PENDUKUNG
Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi
beberapa bukti pendukung supaya lebih meyakinkan kita tentang
golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain. Di
antaranya ialah :
1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh
Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka
yang biadap terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan
sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang biadap terhadap
orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai Imam selepas
Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang
menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap
pembunuhan beberapa orang Imam walaupun mereka
menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam-imam itu
dengan menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka
terhadap tertuduh itu.
Di antara Kebiadaban mereka terhadap Sayyidina Ali
ialah mereka menuduh Sayyidina Ali berdusta dan mereka
pernah mengancam untuk membunuh Sayyidina Ali. Bahkan
Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina Ali itu
21
juga mendapat latihan serta didikan untuk menentang
Sayyidina Utsman di Mesir dan berpura-pura mengasihi
Sayyidina Ali. Dia pernah berjanji sebagai pengawal Sayyidina
Ali selama beberapa tahun di Madinah dan Kufah.
Di dalam Jilaau Al' Uyun disebutkan bahawa Abdul
Rahman Ibn Muljim adalah salah seorang daripada kumpulan
yang terhormat yang telah dikirimkan oleh Muhammad bin
Abu Bakr dari Mesir. Dia juga telah berbai'ah dengan
memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata kepada
Sayyidina Hasan, " Bahwa aku telah berjanji dengan Tuhan
untuk membunuh bapamu dan sekarang aku menunaikannya.
Sekarang wahai Hasan jika engkau mau membunuhku,
bunuhlah. Tetapi kalau engkau maafkan aku, aku akan pergi
membunuh Muawiyah pula supaya engkau terselamat
daripada kejahatannya". (Jilaau Al U'yun, ms 218)
Tetapi setelah golongan Syiah pada ketika itu merasakan
rencana mereka semua akan gagal apabila perjanjian damai di
antara pihak Sayyidina Ali dan Muawiyah disetujui, maka
golongan Syiah yang merupakan musuh-musuh Islam yang
menyamar atas nama Islam itu memikirkan diri mereka tidak
selamat apabila perdamaian antara Sayyidina Ali dan
Muawiyah berlaku. Maka golongan mereka telah
22
mengasingkan diri daripada mengikuti Sayyidina Ali dan
mereka menjadi golongan Khawarij sementara golongan yang
lain tetap berada bersama Sayyidina Ali. Perpecahan yang
berlaku ini sebanarnya satu taktik mereka untuk
mempergunakan Sayyidina Ali demi kepentingan mereka yang
jahat itu dan untuk berlindung di balik beliau dari hukuman
dikarena kan pembunuhan mereka terhadap Khalifah Utsman.
Sayyidina Hasan pula pernah ditikam pahanya oleh
golongan Syiah hingga tembus kemudian mereka
menunjukkan pula kebiadabannya terhadap Sayyidina Hasan
dengan merampas harta bendanya dan menarik kain sajadah
yang diduduki oleh Sayyidina Hasan. Ini semua tidak lain
karena Sayyidina Hasan telah bersedia untuk berdamai
dengan pihak Sayyidina Muawiyah. Bahkan bukan hanya itu
saja mereka telah menuduh Sayyidina Hasan sebagai orang
yang menghinakan orang-orang Islam dan sebagai orang yang
mencoreng muka orang-orang Mukmin.
Kebiadaban Syiah dan kebusukan hatinya ditujukan juga
kepada Imam Jaafar As Shadiq bila seorang Syiah yang sangat
setia kepada Imam Jaafar As Shadiq yaitu Rabi' menangkap
Imam Jaafar As Shadiq dan membawanya kehadapan Khalifah
Al-Mansur supaya dibunuh. Rabi' telah memerintahkan
23
anaknya yang paling keras hati supaya menyeret Imam Jaafar
As Shadiq dengan kudanya. Ini tersebut di dalam kitab Jilaau Al
' Uyun karangan Mulla Baqir Majlisi.
Di dalam kitab yang sama pengarangnya juga
menyebutkan kisah pembunuhan Ali Ar Ridha yaitu Imam yang
ke delapan dari pihak Syiah, bahwa beliau telah dibunuh oleh
Sabih Dailamy, seorang fanatik Syiah dengan perintah Al
Makmun. Bagaimanapun diceritakan bahawa selepas dibunuh
itu Imam Ar Ridha dengan mukjizatnya terus hidup kembali
dan tidak ada bekas sabetan pedang di tubuhnya.
Bagaimanapun Syiah telah menyempurnakan tugasnya
untuk membunuh Imam Ar Ridha. Oleh karena itu tidaklah
heran golongan yang sampai begini biadabya terhadap Imamimam
boleh membunuh Sayyidina Husain tanpa belas kasihan
di medan Karbala.Boleh jadi kita akan mengatakan bagaimana
mungkin pengikut-pengikut setia Imam-imam ini yang dikenali
dengan 'syiah' boleh bertindak kejam pula terhadap Imamimamnya?
Tidakkah mereka sanggup mempertahankan nyawa
demi mempertahankan Iman-imam mereka? Secara ringkas
bolehlah kita katakan bahawa 'perasaan keheranan' yang
seperti ini mungkin timbul dari dalam fikiran Syiah, yang tidak
24
mengetahui latar belakang terbentuknya aliran Syiah itu
sendiri.
Mereka hanya menerima secara membabi buta perilaku
orang-orang terdahulu. Adapun orang-orang yang
mengadakan sesuatu faham dengan tujuan-tujuan tertentu
dan masih hidup ketika ajaran dan aliran itu bermula, tentu
saja mereka sedar maksud dan tujuan mereka mengadakan
ajaran tersebut. Pada lahirnya mereka menunjukkan taat setia
dan kasih sayang kepada Imam-imam itu, tetapi pada
hakikatnya adalah sebaliknya.
2. Di antara bukti yang menunjukkan tidak ada peranan Yazid
dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala, bahkan
golongan Syiahlah yang bertanggungjawab membunuh beliau
bersama dengan orang-orang yang ikut serta di dalam
rombongan itu, ialah adanya hubungan yang eratdi antara
Bani Hasyim dan Bani Umayyah, selepas berlakunya
peperangan Siffin dan juga selepas berlakunya peristiwa
pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala.
3. Tidak mungkin orang-orang yang berakhlak muliaseperti
kalangan Ahlul Bait akan menjalin hubungandengan orangorang
yang diketahui oleh mereka sebagai pembunuhpembunuh
atau orang-orang yang bertanggungjawab di dalam
25
membunuh ayah, datuk atau saudara mereka Sayyidina
Husain. Hubungan ini selain daripada menunjukkan
pemerintah-pemerintah dari kalangan Bani Muawiyah dan
Yazid sebagai orang yang tidak bersalah di dalam pembunuhan
ini, ia juga menunjukkan mereka adalah golongan yang
bersikap baik kepada Ahlul Bait dan sentiasa menjalin ikatan
kasih sayang di antara mereka dan Ahlul Bait.
Di antara contoh hubungan persemendaan ini ialah:
1. Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri bernama Ramlah telah
menikah dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama
Muawiyah yaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul
Malik bin Marwan. (Ibn Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80)
2. Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali menikah dengan
Amirul Mukminin Abdul Malik sendiri yaitu khalifah yang ke
empat dari kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An
Nihayah, jilid 9 m.s. 69)
3. Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali yaitu Khadijah
menikah dengan anak gubernur 'Amir bin Kuraiz dari Bani
Umaiyah bernama Abdul Rahman. (Jamharatu An Ansab, m.s.
68). ' Amir bin Kuraiz adalah gubernur bagi pihak Muawiyah di
26
Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di pihak lawan
Sayyidina Ali.
Cucu Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah
menikah dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah
bahkan sejarah telah mencatatkan 6 orang daripada cucu
beliau telah menikah dengan mereka yaitu :
1. Nafisah binti Zaid bin Hasan menikah dengan Amirul
Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan.
2. Zainab binti Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga
telah menikah dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik.
Zainab ini adalah di antara orang yang turut serta di dalam
rombongan Sayyidina Husain ke Kufah dan dia adalah salah
seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan
Sayyidina Husain di Karbala dengan mata kepalanya
sendiri.
3. Ummu Qasim binti Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali
menikah dengan cucu Sayyidina Uthman yaitu Marwan bin
Aban. Ummu Qasim ini selepas kematian suaminya
Marwan menikah pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al
Husain.
27
4. Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat telah
menikah dengan anak Marwan bin Al-Hakam yaitu
Muawiyah.
5. Cucu Sayyidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah
binti Hasan Al Mutsanna menikah dengan anak saudara
Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam yaitu Ismail bin
Abdul Malik.
6. Cucu Sayyidina Hasan yang keenam bernama Khadijah
binti Husain bin Hasan bin Ali juga pernah menikah dengan
Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi sebelum
sepupunya Hammaadah.
Perlu diingat bahawa mereka semua yang tersebut
meninggalkan zuriat.Dari kalangan anak cucu Sayyidina Husain
pula yang telah menjalin pernikahan dengan individu-individu dari
keluarga Bani Umaiyah, antaranya ialah :
1. Anak perempuan Sayyidina Husain yang terkenal bernama
Sakinah. Selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus'ab
bin Zubair, beliau telah menikah dengan cucu Amirul
Mukminin Marwan yaitu Al Asbagh bin Abdul Aziz bin
Marwan. Asbagh ini adalah saudara Amirul Mukminin Umar
bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak
28
dari Amirul Mukminin Yazid yaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -
Ansab)
2. Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut tadi pernah juga
menikah dengan cucu Sayyidina Uthman yang bernama Zaid
bin Amar bin Uthman.Sementara anak cucu dari saudarasaudara
Sayyidina Husain yaitu Abbas bin Ali dan lain-lain juga
telah menjalin perhubungan baik dengan keluarga Umaiyah.
Di antaranya yang boleh disebutkan ialah :
Cucu perempuan dari saudara Sayyidina Husain yaitu Abbas
bin Ali bernama Nafisah binti Ubaidillah bin Abbas bin Ali
menikah dengan cucu Amirul Mukminin.
sumber : darulkautsar.com