Artikel

Keutamaan Puasa Enam Hari dibulan Syawal


Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, syari`at Islam juga


membuka peluang kepada Barangsiapa yang ingin berpuasa di luar


bulan Ramadhan. Ia disebut sebagai puasa sunnat dan terbahagi


kepada beberapa jenis. Puasa-puasa sunnat adalah satu ibadah yang


besar keutamaannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah s.w.t.


berfirman (Hadits Qudsi):


"Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah


untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu)."


(Rasulullah melanjutkan): "Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di


tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum di


sisi Allah dibanding wangian kasturi." [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim


dalam Shahihnya, hadits no: 1151 (Kitab al-Siyam, Bab keutamaan


berpuasa)]


Selain hadits di atas, terdapat banyak hadits lain yang menerangkan


keutamaan puasa sunnat. Para pembaca bisa melihat kitab al-Shahih


al-Musnad min Fadhail al-Amal susunan Syaikh Ali bin Muhammad


al-Maghribi (Dar Ibn `Affan, Riyadh, 2000). Di antara jenis puasa


sunnat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Puasa sunnat


inilah yang akan saya kupas dalam risalah ini.


Dalil Puasa Sunnat Enam Syawal


Dalilnya ialah hadits Rasulullah s.a.w.:





“Barangsiapa yang telah berpuasa Ramadhan dan kemudian dia


mengikutkannya dengan puasa enam hari dari bulan Syawwal, maka


dia seperti orang yang berpuasa selama satu tahun.” [Sahih:


Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadits no: 1164 (Kitab al-


Siyam, Bab disunnatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]


Darjat Hadits Puasa Sunnat Enam Syawal


Hadits yang menjadi dalil puasa sunnat enam hari di bulan Syawal


adalah sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim


dalam kitab sahihnya. Ada segelintir orang yang meragukan


kesahihan hadits ini. Keraguan tersebut adalah sia-sia kerana hadits


ini diriwayatkan dari beberapa sahabat dan memiliki banyak jalan


periwayatan. Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam


menjelaskan:


"Hadits ini nyata kesahihannya, ia datang dengan tiga jalan


2


periwayatan selain jalan di atas (yang dikemukakan oleh Imam


Muslim). Ia juga diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi


dengan tiga wajah (yang berlainan) sehingga dikatakan:


Sesungguhnya ia adalah hadits mutawatir. Ini kerana al-Dimyathi


telah menghimpun semua jalan periwayatan hadits ini dan sanadnya


dari dua puluh orang perawi, kebanyakan mereka hafiz dan thiqat."


[Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah,


2003), jld. 3, ms. 533]


Hukum Puasa Sunnat Enam Syawal


Hukumnya adalah sunnat sebagaimana jelas Syaikh Abdullah al-


Bassam: "Disunnatkan berpuasa enam hari (dibulan Syawal), ini


merupakan mazhab al-Salaf dan al-Khalaf serta jumhur ilmuan,


termasuklah Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafi'e dan Imam Ahmad."


[Taudhih al-Ahkam, jld. 3, ms. 533]


Bilakah Dimulakan Puasa Sunnat Enam Syawal?


Puasa sunnat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini


kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari


berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa`id al-Khudri berkata: "Nabi


s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha." [Sahih:


Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadits no: 1991


(Kitab al-Shaum, Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri).]


Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunnat Enam Syawal?


Syarat dan adab bagi puasa sunnat enam hari dibulan Syawal sama


seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Hanya saja ia boleh


dilakukan dengan tidak berurutan atau terus menerus asalkan


jumlah enam hari sebelum berakhirnya bulan Syawal. Kerana


Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunnat enam hari ini secara


umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya sehingga dipahami


bahwa puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada hari mana saja


asalkan masih dalam bulan Syawal .


akan tetapi lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal


berdasarkan keumuman firman Allah s.w.t.: "Dan segeralah kamu


kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)


keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga


yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi


orang-orang yang bertaqwa." [Surah Ali Imran 3:133]


Tidak Ada Hari Raya Selepas Puasa Sunnat Enam Syawal


3


Sebahagian orang ada yang menyambut Hari Raya pada 1 Syawal


dengan perasaan hambar dan kekosongan. Bagi mereka, Hari Raya


yang memiliki arti sambutan dan kegembiraan sepenuhnya ialah


pada hari selepas mereka menggenapkan puasa sunnat enam Syawal.


Ini adalah satu bid`ah yang mungkar. Hari perayaan keagamaan


dalam Islam hanya dua, yaitu Hari Raya Iedul Fitri dan Hari Raya


Iedul Adha. Dua hari ini bukanlah sesuatu yang dibuat-buat manusia


tetapi disyari`at oleh tuhan yang mencipta manusia, yakni Allah


s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah telah


mengantikan untuk kalian dua perayaan yang lebih baik dari


perayaan (zaman jahiliyah),yaitu Hari Raya Iedul Adha dan Iedul Fitri."


[Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani


dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadits no: 1134 (Kitab al-Shalat,


Bab shalat dua hari raya)]


Oleh itu hari perayaan keagamaan dalam Islam hanya dua, Hanya


pada dua hari inilah kita menyambut dengan penuh kegembiraan


kerana ia disyari`atkan oleh Allah s.w.t.. Tidak ada hari perayaan


setelah genapnya puasa sunnat enam hari dibulan Syawal.


Melaksanakan Puasa Sunnat Enam Syawal Sebelum Mengqadha


Puasa Ramadhan


Ada perbedaan pendapat di kalangan para ulama, dibolehkan


berpuasa sunnat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang


puasa Ramadhan yang belum diqadhanya?


Pendapat Pertama:


Membolehkannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah


radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan


yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya'ban yang akan datang.


Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku


tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya'ban kerana sibuk


(melayani) Rasulullah s.a.w.." [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam


Shahihnya, hadits no: 1146 (Kitab al-Siyam, Bab mengqadha puasa


Ramadhan pada


bulan Syawal). Dalam Shahih al-Bukhari, hadits no: 1950, penjelasan


"kerana sibuk melayai Rasulullah" ialah penjelasan salah seorang


perawi hadits yangbernama Yahya bin Sa`id.]


Para ilmuan yang mengemukakan pendapat pertama mengambil


kesimpulan bahwa tidak mungkin isteri Rasulullah, yakni Aisyah,


4


tidak melaksanakan puasa sunnat enam Syawal. Pasti beliau


melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa


Ramadhan pada bulan Sya'ban menunjukkan dibolehkan berpuasa


sunnat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa


Ramadhan.


Juga karena mengqadha puasa merupakan wajib muwassa'


yaitu suatu kewajiban yang boleh dilakukan dalam waktu yang luas


dan tidak harus segera dikerjakan.


Pendapat Kedua:


Tidak boleh puasa syawal sebelum mengqadha puasa


ramadhan. Hal ini berdasarkan hadits yang menganjurkan puasa


sunnat enam Syawal setelah melakukan puasa ramadhan. Hadits


tersebut berbunyi: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian


dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu


seperti berpuasa sepanjang tahun."


Rasulullah s.a.w. mensyaratkan "berpuasa Ramadhan" terlebih


dahulu, kemudian barulah "mengiringinya dengan enam hari dari


bulan Syawal". Ini menunjukkan puasa sunnat enam Syawal hanya


dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa


Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu


diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa


sunnat enam Syawal.


Pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat pertama kerana alas an


mereka yang cukup kuat, hanya sajasebaiknya seseorang segera


membayar hutangnya sehingga ia segera terbebas dari kewajiban


yang dipikulnya.


Sumber: Pedoman Puasa (Thinker's Library, Kuala Lumpur, 1996), ms.


136-137, fiqh-sunnah.blogspot.com



Tulisan Terbaru

Menjaga Shalat dan Kh ...

Menjaga Shalat dan Khusyuk dalam Melaksanakannya

Menjampi Air Termasuk ...

Menjampi Air Termasuk Ruqyah Yang Syar'i